• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Buka Mulut, Amyra Hormat Privasi Syafiq

oleh
01/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN membintangi drama Nur bersama, aktres Amyra Rosli tidak sama sekali mahu mengulas tentang kontroversi yang baru-baru ini melanda pelakon gandingannya, Syafiq Kyle.

Baca: Identiti Sebenar Jejaka Sebar Screenshot ‘Syafiq’

Juga: Video Dua Tahun Lalu, Ibu Syafiq Orang Paling Sedih

Bagi Amyra, dia merasakan dirinya bukanlah orang yang layak untuk membuka mulut berkenaan isu itu serta berharap agar ia akan terus terkubur kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.

“Jujurnya saya sebolehnya tidak mahu mengulas mengenai apa menimpa Syafiq kerana ia tiada kena mengena dengan saya namun pertanyaan ini diajukan kerana drama lakonan kami, Nur sedang ditayangkan.

“Apa yang boleh saya katakan perkara lalu jangan dibangkitkan atau membuka aib seseorang itu dan berikan ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut,” kata Amyra ketika ditemui oleh pihak mStar Online.

Sekitar Ahad lalu, industri hiburan bagaikan dilanda ‘tsunami’ apabila terdapat satu video seorang individu mirip Syafiq yang sedang melakukan aksi tidak senonoh bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Mira’.

Malah ia bertambah panas apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab apabila ada yang sanggup menjual video berkenaan dengan harga serendah RM20.

Dalam masa yang sama, perbualan palsu antara Syafiq dan seorang lelaki dikenali sebagai Faizi turut tular di media sosial.

Tambah Amyra, produksi drama lakonan mereka sememangnya mempunyai grup WhatsApp tetapi mujur tiada sesiapa yang membuka mulut tentang isu tersebut atas dasar menghormati sesama sendiri.

“Kami ada grup tapi tiada siapa bertanya mengenai perkara itu kerana menghormati dia dan situasi yang dihadapinya sekarang sudah cukup sukar.

“Saya sendiri pun tidak bertanya apa-apa kerana tidak mahu menguriskan perasaan Syafiq tambahan pula saya sendiri pun tidak tahu situasi sebenar,” ujarnya lagi.

Penonton boleh menonton drama Nur menerusi slot Samarinda terbitan TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Selain Syafiq dan Amyra, antara barisan pelakon hebat lain ialah Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah dan Azhan Rani. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Amyra RosliNetizenSyafiq Kyle
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd