• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Myanmar Benarkan PBB Masuk Ke Rakhine

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Kerajaan Myanmar, semalam bersetuju memberikan akses kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memasuki negeri Rakhine yang dilanda krisis selepas beberapa bulan berbalah berhubung cara menghantar pulang ratusan ribu pelarian Islam Rohingya.

Negeri di barat Myanmar itu dikepung selepas kempen dilakukan tentera tahun lalu yang memaksa kira-kira 700,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh yang kini menjadi kem pelarian terbesar dunia.

Amerika Syarikat dan PBB menyifatkan tindakan itu sebagai pembersihan etnik manakala tentera berkata ia memerangi militan Rohingya.

Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian penghantaran pulang pada November lalu tetapi setakat ini cuma beberapa puluh pelarian kembali, dengan majoriti minoriti itu enggan pulang kecuali keselamatan dan kerakyatan mereka dijamin.

PBB berkata, keadaan di Rakhine tidak cukup untuk kepulangan selamat, secara sukarela dan terhormat, tetapi deraf perjanjian semalam membenarkan agensi itu mendapat akses ke Rakhine ‘termasuk tempat asal pelarian dan kawasan kemungkinan mereka akan ditempatkan’ yang tidak dibenarkan sejak keganasan bermula pada Og0s 2017.

Akses juga membolehkan agensi pelarian PBB menilai keadaan dan melakukan aktiviti perlindungan, tambahnya tanpa mengulas lanjut.

Myanmar berkata, ia sedia menerima semula Rohingya dan saling bertukar tuduhan dengan Bangladesh berhubung siapa bertanggungjawab di atas kelewatan itu. – AFP/BH ONLINE

Tags: PBBRakhine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd