• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergh! PM India Twit Dalam Bahasa Malaysia

oleh AK-47
31/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBANGGAAN buat rakyat Malaysia apabila perdana menteri India, Narendra Modi menggunakan bahasa kebangsaan ketika berkongsikan status terbaharu di laman sosial miliknya baru-baru ini.

Beliau dalam sebuah kapsyen bergambar yang menunjukkan dirinya bersalaman dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menulis beberapa rangkap dalam tulisan Bahasa Malaysia berbunyi;

“Saya bergembira untuk bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya berterima kasih kepadanya untuk sambutan yang baik.

“Kami mengadakan perbincangan yang produktif untuk memperkukuhkan lagi kerjasama di antara India-Malaysia. @chedetofficial,” tulisnya.

Saya bergembira untuk bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya berterima kasih kepadanya untuk sambutan yang baik. Kami mengadakan perbincangan yang produktif untuk memperkukuhkan lagi kerjasama di antara India-Malaysia. @chedetofficial pic.twitter.com/aexSRWIXdD

— Narendra Modi (@narendramodi) May 31, 2018

Twit yang dimuat naik kira-kira pada lima jam lalu itu lantas menerima pelbagai respon positif daripada pengguna warga maya khususnya daripada rakyat Malaysia sendiri.

Wow a tweet in Malay by the Indian PM!

— Krishnamurthy K (@KMurthychettiar) May 31, 2018

Cool tweet in Bahasa Malaysia from @narendramodi! @chedetofficial https://t.co/awhdE6UbMX

— Andrew Teh (@AT29er) May 31, 2018

Omg ckp mlayu ke lol

— Syahmi Kamarudzaman (@me_iamsyahmi) May 31, 2018

Wow boleh berbahasa melayu. Tahniah

— Rakyat Rakyit (@mynameisazri) May 31, 2018

Malah terdapat daripada segelintir rakyat India mendakwa Modi sememangnya merupakan seorang perdana menteri yang cepat mempelajari bahasa asing ketika berkunjung ke luar negara.

Twit berkenaan sehingga kini mendapat lebih daripada 1,400 jumlah retweet dan disukai sekurang-kurangnya lebih 5,000 pengguna Twitter.

Difahamkan, Modi singgah sebentar ke Malaysia bagi menyampaikan ucap selamat dan tahniahnya secara peribadi kepada Dr. Mahathir atas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ini merupakan pertemuan pertama di antara dua pemimpin itu dan lawatan terakhir Modi ke Malaysia adalah pada 23 November 2015. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IndiaPerdana MenteriTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maszlee Dakwa ‘GenZ’ Setuju Dengan PMX, Penduduk Rumah Kos Mewah Sokong PH

Maszlee Dakwa ‘GenZ’ Setuju Dengan PMX, Penduduk Rumah Kos Mewah Sokong PH

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa sebahagian golongan muda GenZ bersetuju apabila ditanya mengenai Perdana...

PM Anwar Tak Ambil Gaji, Sokongan Kepada PH Luar Jangkaan – Maszlee

PM Anwar Tak Ambil Gaji, Sokongan Kepada PH Luar Jangkaan – Maszlee

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Polisi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk tidak mengambil gaji sehingga sekarang didakwa dihayati oleh rakyat....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd