• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

George Soros Bilionair Pemanipulasi Demokrasi

oleh Haris
31/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengkritik hebat George Soros semasa krisis kewangan melanda negara pada 1997 dulu.

Mahathir yang juga perdana menteri pada masa itu mengutuk tindakan Soros terlibat dalam spekulasi mata wang sebagai “penyangak” dan tidak bermoral.

Hari ini, Soros masih menjadi sasaran kemarahan kerajaan di seluruh dunia, yang menganggapnya sebagai bilionair, pejuang hak asasi Barat yang juga pemanipulasi demokrasi.

Hartawan berusia 87 tahun ini lahir pada 1930 di Budapest, Hungary, daripada bapa yang berketurunan Yahudi.

Beliau dan keluarga berjaya melarikan diri dari Nazi dengan memalsukan pengenalan diri, menyembunyikan identiti agama.

Soros berpindah ke England semasa berusia 17 tahun dan mendapat pendidikan tinggi hinga PhD dari London School of Economics (LSE) sambil bekerja sebagai pengangkat beg di stesen keretapi dan pelayan di kelab malam.

Di sinilah beliau diperkenalkan dengan demokrasi liberal Barat dan kemudian membina konsep masyarakat terbuka (open society).

Selepas bekerja di bank pelaburan di London, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1956, bekerja di New York dan kemudian menubuhkan syarikat pelaburan pada 1970.

Cara pelaburan Soros yang agresif dan spekulatif akhirnya membina imejnya sebagai seorang pelabur disegani dan salah seorang terkaya di dunia.

Beliau dikenali sebagai seorang yang membankrapkan Bank of England pada September 1992 apabila pelaburan beliau menyebabkan bank tersebut kehilangan berbilion pound rizab.

Selepas itu, beliau mula menumpukan pada kerja-kerja lain seperti pemberian dana kepada program-program hak asasi, demokrasi dan pasaran bebas.

Soros juga menggerakkan kerjasama kebudayaan di Eropah Timur selepas kejatuhan komunisme.

Open Society Foundation yang ditubuhkannya kini menjalankan program di lebih 100 buah negara, dan mempunyai 37 pejabat serantau.

Program-program ini bermatlamat menyebarkan nilai-nilai demokrasi liberal, melatih aktivis-aktivis muda.

Soros disenaraikan sebagai manusia ke-29 terkaya di dunia oleh majalah Forbes, dan pada masa itu beliau memindahkan AS$18 bilion atau 80 peratus kekayaannya ke pertubuhannya.

Pertubuhan beliau terus aktif menyebarkan fahaman liberal ke seluruh dunia, termasuk kempen menyokong golongan LGBT.

Beliau terus terlibat dalam mempengaruhi politik di seluruh dunia, daripada di Amerika Syarikat hingga ke Eropah Timur dan Rusia.

Pertubuhan beliau diharamkan di Rusia pada 2015 kerana program yang dianggap menggugat keselamatan dan bertindak sebagai agen asing.

Di negeri kelahirannya, Soros dimusuhi oleh pemimpin sayap kanan, Viktor Orban yang menang sekali lagi dalam pilihan raya terbaru.

Soros memberi dana kepada kumpulan anti-Brexit, Best of Britain berjumlah puluhan ribu pound untuk cuba menghalang United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah.

Soros menyokong Barack Obama dan Hillary Clinton dan mengecam kuat Presiden Donald Trump.

Selepas aktiviti mendana kegiatan liberal, Soros juga terlibat dalam pelaburan dalam kelab-kelab sukan di serata dunia.

Pada 2012, dilaporkan beliau telah membeli saham minoriti dalam pasukan bola sepal Manchester United. – BBC/Mynewshub.cc

Tags: DemokrasiGeorge SorosLGBTTun Dr Mahathir Mohamad
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Pintu Belakang Bukan Demokrasi, Pengkhianatan Mandat Rakyat – DAP

Kerajaan Pintu Belakang Bukan Demokrasi, Pengkhianatan Mandat Rakyat – DAP

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyokong sebarang usaha menubuhkan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd