• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Periksa Bangunan Kempen Keselamatan

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah memeriksa sebanyak 95 premis dalam Program Keselamatan Kebakaran Bangunan di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata pasar raya adalah bangunan yang paling banyak diperiksa iaitu 40 buah selain hotel, hospital dan tempat-tempat tumpuan ramai.

Beliau berkata aspek keselamatan perlu dilihat lebih khusus bagi memastikan tahap keselamatan premis sentiasa dalam keadaan baik kerana ianya bakal menjadi lokasi tumpuan termasuk perantau yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri nanti.

Nazili berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jalinan Mesra dan Berbuka Puasa Bersama Anggota Bertugas serta anak-anak yatim di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu di sini, malam tadi.

Mengenai keselamatan jalan raya terutamanya di kawasan pintu masuk utama ke negeri ini seperti Jeli, Gua Musang dan Pasir Puteh, beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan.

“Kita akan meletakkan jentera bersama anggota di kawasan strategik sebagai persediaan awal sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kita juga akan membuat rondaan di kawasan berkenaan,” katanya.

Nazili berkata dalam menghadapi musim perayaan kali ini, pihaknya sudah mengeluarkan arahan supaya 80 peratus anggota bomba diwajibkan bertugas sementara selebihnya boleh mengambil cuti.

Dalam perkembangan sama, Nazili berkata jabatannya menasihatkan kepada golongan suri rumah supaya jangan mengamalkan tiga perkara iaitu Lalai, Leka dan Lupa (3L) dan perlu sentiasa berwaspada dengan peralatan elektrik yang boleh mencetuskan kebakaran.

“Kita tahu kemungkinan di saat golongan ini sedang menyiapkan juadah berbuka atau bersahur kemungkinan mereka terleka akibat kepenatan.

“Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini mereka dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana kita tidak mahu sebarang malapetaka berlaku di saat orang ramai mahu menyambut Aidilfitri,” katanya. – BERNAMA

Tags: BangunanJBPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

Negara Perlu 84 Balai Bomba Baharu

19/05/2024
0

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

09/04/2024
0

IPOH : Operasi memadamkan kebakaran di kawasan hutan bukit seluas 10 hektar berhampiran Pos Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dekat Gerik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd