• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Guna KDNK 10 Peratus Tetapi Rakyat Menderita

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang mementingkan rakyat lebih daripada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Tak guna jika GDP 10 peratus sekalipun, tetapi rakyat menderita. PH pentingkan rakyat daripada KDNK. Tak guna KDNK tinggi tetapi rakyat merungut harga mahal, itu ini.

“Kita pentingkan rakyat, bukan nak seronok tunjukkan pada dunia. Itu dunia lain, kerana yang penting rakyat pilih kita dan kita menjaga mereka,” katanya dalam temubual dengan Buletin Utama TV3.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu juga mendakwa, kerajaan sebelum ini tidak mempedulikan rakyat.

“Waktu harga barang naik, mereka peduli pun tak, dia marahkan rakyat pula, dia kata Singapura lagi mahal, kita bukan tinggal di Singapura, kita tinggal di Malaysia.

“Inflasi juga dikatakan tiga peratus, lapan tahun berturut-turut, tetapi rakyat tidak percaya kerana harga barang naik.

“Rakyat ketawa. Mereka tengok rakyat beli barang, barang mahal, mana inflasi tiga peratus, sampai Menteri pun jual ikan.” katanya.

Daim berkata, sewaktu Malaysia mengalami krisis pada tahun 1986 dan 1998 rakyat tidak bising.

“(Ia kerana) pada waktu itu Tun Mahathir pentingkan rakyat. Arahan kepada saya, jaga rakyat dulu, Pada 1986 kita pun potong gaji Menteri, sekarang kita laksanakan semula, supaya kita mahu rakyat berkorban, Perdana Menteri perlu berkorban dulu,” katanya.

Kerajaan baharu tambahnya, akan menguruskan ekonomi dengan baik.

“Cara menguruskan ekonomi dengan baik, satu dengan mengurangkan hutang, kalau boleh jangan terus berhutang, tunjukkan pertumbuhan,” katanya. — BERNAMA

Tags: KDNKTun Daim Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

31/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam Rancangan Malaysia...

RM758 Juta Aset Na’imah, Keluarga Daim Di London Dibeku

RM758 Juta Aset Na’imah, Keluarga Daim Di London Dibeku

03/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, memerintahkan aset luar negara milik isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd