• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilangan Penjaga Warga Emas Perlu Ditambah

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata terdapat keperluan untuk menambah bilangan penjaga warga emas di rumah orang tua dan pusat penjagaan masyarakat di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata kekurangan bilangan penjaga warga emas itu diperlu ditangani dengan memperbanyak latihan untuk memudahkan penjagaan kepada golongan berkenaan.

“Latihan juga perlu diperbanyakkan kerana penjagaan golongan ini memerlukan kesabaran dan penjagaan rapi bagi mengelakkan timbulnya kes penganiayaan.

“Nisbah yang saya terima ketika ini (seluruh negara) adalah 10 orang pesakit bagi seorang penjaga. Nisbah ideal sepatutnya adalah seorang penjaga untuk empat orang pesakit.

“Saya difahamkan, nisbah ini meningkat kepada 12:1 apabila waktu malam. Namun syukur kebanyakan pusat penjagaan tidak melibatkan kes-kes kronik,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bharu, di sini kira-kira 60km dari Kuala Lumpur hari ini.

Tanpa menyebut jumlah warga tua di negara ini, Dr. Wan Azizah berkata Malaysia sedang menuju ke ‘negara tua’ kerana kadar kelahiran kini rendah.

Berikutan keadaan ini, 15 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia akan terletak di dalam kategori bawah 60 tahun menjelang tahun 2030.

Terdahulu, Dr. Wan Azizah membuat kunjungan pertamanya ke rumah tersebut yang menempatkan 109 penghuni lelaki dan wanita.

Beliau mengambil peluang bertegur sapa dan bertanya khabar sambil memegang bahu, tersenyum dan menenangkan penghuni yang ditemuinya dalam lawatan kira-kira dua jam.

Terpancar riak wajah gembira kalangan warga emas di rumah itu dan tidak kurang juga yang dilihat terharu sebaik Dr. Wan Azizah menyapa mereka yang duduk, bersandar dan ada yang terbaring di katil masing-masing.

Dr. Wan Azizah, yang juga Anggota Parlimen Pandan, turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) serta beg cenderahati mengandungi buah-buahan, air kotak, kain batik, kain pelikat dan biskut sebagai buah tangan kepada penghuni di rumah penjagaan orang tua yang dibina sejak 1998. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismailwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd