• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

98 Rumah Di Seberang Perai Tengah Dinaiki Air

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Sebanyak 98 rumah di beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai Tengah, di sini dinaiki air selepas hujan lebih empat jam bermula tengah malam tadi hingga awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kawasan yang dilanda banjir itu adalah berpunca daripada hujan lebat, angin kencang berserta ribut petir bermula 11.30 malam sehingga 3 pagi tadi dengan keadaan air pasang setinggi 2.4 meter pada 12.01 tengah malam tadi.

Hujan lebat itu turut menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan dan 13 jalan turut dinaiki air bagaimanapun masih boleh dilalui kenderaan ringan.

Nik Ros Azhan berkata 24 keluarga melibatkan 76 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat penempatan banjir iaitu di Dewan Orang Ramai Perda Timur 14, Pusat Penempatan Banjir Dewan JKKK Bukit Teh dan Dewan Orang Ramai Machang Bubuk.

Beliau berkata hujan mulai berhenti pada 3 pagi dan sehingga 6 pagi ini, air mulai surut di kebanyakan tempat. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd