• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Laporan Palsu Konon Jumpa Mayat Bayi

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana membuat laporan palsu mengenai penemuan mayat bayi lelaki di kediamannya hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. Lim Bak Phai berkata remaja berkenaan membuat laporan pada 9 pagi tadi, kononnya menjumpai mayat bayi lelaki yang ditinggalkan di atas kerusi di belakang rumahnya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dekat sini, hari ini.

“Remaja berkenaan mendakwa membawa balik mayat tersebut dan membersihkannya sebelum meletakkannya semula di tempat asal.

“Hasil soal siasat, remaja berkenaan kemudian mengaku membuat laporan palsu di mana (beliau) sebenarnya melahirkan bayi tersebut bersendirian pada 12.05 tengah malam dalam tandas di rumahnya pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata remaja terbabit dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

“Tangkapan akan dibuat selepas remaja berkenaan keluar daripada wad,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. – BERNAMA

Tags: bayiLaporan Palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd