• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abe Kutuk Kumpulan IS Bakar Hidup-Hidup Pilot Jordan

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengutuk kumpulan Negara Islam (IS) yang membunuh juruterbang Jordan dan menyifatkan perbuatan itu sebagai “tidak boleh dimaafkan” selepas dua rakyat negara itu yang menjadi tebusan dibunuh.

“Memang tidak dapat dimaafkan dan perbuatan yang keterlaluan. Saya mengutuk sekeras-kerasnya,” kata Abe pada sidang Parlimen selepas kumpulan jihad itu menyiarkan video menunjukkan juruterbang berusia 26 tahun berkenaan yang dibakar hidup-hidup dalam sangkar.

Video berdurasi 22 minit disiarkan secara online menunjukkan imej lelaki dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditahan pada Disember lalu, dibakar.

“Apabila saya fikirkan perasaan keluarganya, saya tidak mampu untuk berkata apa-apa. Bagi pihak kerajaan Jepun dan rakyat negara ini, saya merakamkan ucapan takziah ikhlas daripada kami.

“Jepun bersama Jordan pada masa sukar ini. Saya marah dengan tindakan tidak berperi kemanusiaan ini dan tindakan keganasan yang hina,” katanya.

Televisyen Jordan berkata, Kassasbeh sudah dibunuh pada 3 Januari lalu sebelum IS menawarkan wartawan Jepun, Kenji Goto sebagai pertukaran untuk membebaskan pengebom berani mati yang dijatuhi hukuman mati, Sajida al-Rishawi.

Kenji Goto dipancung kepalanya disiarkan menerusi video yang disiarkan pada Sabtu lalu oleh militan IS dan berlaku seminggu selepas rakannya, Haruna Yukawa dibunuh. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=PQG2-DFmVBo

Tags: ISjepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd