• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Wesak Disambut Dengan Kelahiran Malaysia Baharu

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perayaan Hari Wesak 2018 di Malaysia dianggap amat bersejarah kerana ia disambut sebaik sahaja selepas rakyat Malaysia menzahirkan kemahuan mereka kepada satu perubahan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya sambutan pada tahun ini juga kebetulan pada masa yang sama dengan kelahiran Malaysia baharu yang terhasil daripada keazaman kuat rakyat Malaysia untuk mencari dan mempertahankan prinsip keadilan.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata zaman permulaan baharu bagi Malaysia itu turut menyerlahkan pentingnya perkhidmatan dan keadilan untuk semua, tadbir urus yang baik dan mendahulukan kepentingan rakyat melebihi daripada segala yang lain.

“Dalam semangat permulaan baharu inilah saya memutuskan untuk menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan, kerana kita perlu menyelamatkan negara kita.

“Ia bukan satu tugas mudah tetapi jika kita bekerja bersama-sama, saya yakin kita mampu memberi hala tuju baharu kepada negara kita.

“Kepada para penganut agama Buddha di Selangor dan seluruh Malaysia, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak dan semoga perayaan kali ini dipenuhi kegembiraan dan kesyukuran. Selamat Hari Wesak!,” kata beliau dalam perutusan Hari Wesaknya hari ini.

Di Malaysia, Hari Wesak disambut meriah sebagai lambang kepelbagaian budaya dan agama dan penganut agama Buddha menyambutnya dalam suasana aman damai selain banyak berderma kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Hari Wesak yang disambut untuk memperingati kelahiran Gautama Buddha itu disambut di Malaysia esok. – BERNAMA

Tags: Azmin AliHari Wesak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hari Kelepasan Am Sempena Hari Wesak, Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

Hari Kelepasan Am Sempena Hari Wesak, Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberi hari kelepasan am sempena Hari Wesak dan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd