• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Baharu Macam Tempe – Ahmad Zahid

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN baharu Pakatan Harapan (PH) diibaratkan sebagai tempe kerana didakwa tidak konsisten dalam memberikan fakta yang sentiasa berubah-ubah berkaitan tawaran manifesto mereka.

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akujanji yang sering diuar-uarkan mereka sebelum menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga kini masih belum berjaya dilaksanakan.

“Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang soya, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat.

“Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.

“Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST sifar peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga,” katanya yang dipetik Umno Online.

Menurut Zahid, melihat apa yang sedang berlaku dan isu demi isu, pemimpin PH seakan ketandusan idea cuba perbesarkan fakta yang kurang tepat membabitkan kadar hutang negara.

“Mereka juga kata hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion.

“Mereka katakan lagi ada pinjaman asing tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara…ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara,” katanya.

Selain itu jelas Zahid, kerajaan baru juga menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk dolar Amerika Syarikat (AS) dan yen tetapi kenyataan dari Bank Negara membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk dolar AS dan satu peratus dalam yen.

“Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit…. Mereka juga kata Bursa Kuala Lumpur (KL) akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh.

“Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrap tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh,” jelas Zahid lagi.

Justeru, beliau berharap agar semua Ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang fitnah dan tohmahan tidak benar kerajaan baharu di bawah PH. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahmad Zahid Hamidipakatan harapanTempeUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd