• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Seludup Dadah Bernilai RM71 Juta Tumpas

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM71 juta dan merampas 1.2 juta batang rokok putih yang belum lulus kastam di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, Selangor, Selasa lepas.

Ketua pengarahnya Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata rampasan itu melibatkan dua jenis dadah iaitu methamphetamine seberat 1,187 kg berjumlah RM71 juta dan 750 gram heroin bernilai RM120,000.

“Dalam serbuan di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, Selangor itu kita merampas sebuah kontena yang disyaki mengandungi dadah…hasil pemeriksaan terhadap kontena yang diikrarkan sebagai ‘foodstuff’ itu, kastam menjumpai 40 kotak berbalut guni putih disyaki dadah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini..

Beliau berkata lima suspek ditahan iaitu tiga warga Myanmar manakala selebihnya rakyat tempatan berumur lingkungan 22 hingga 48 tahun ​​dan hasil soal siasat telah membawa kepada penahanan seorang lagi suspek wanita tempatan berumur 31 tahun yang juga pengarah syarikat kedai runcit di Cheras, Selangor

Siasatan awal mendapati dadah daripada Yangoon, Myanmar itu dibawa masuk ke dalam negara dipercayai untuk pasaran tempatan.

Subromaniam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan rotan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Dalam serbuan sama, pihaknya turut merampas 1.24 juta batang rokok putih, 1 tan tembakau, 1.5 tan tembakau kunyah, 1.3 tan ubat-ubatan pelbagai jenis yang disyaki belum lulus kastam yang dijumpai di dalam kontena itu.

“Nilai rampasan dianggarkan RM95,000 melibatkan duti dan cukai mencecah RM1 juta dan kesemua mereka direman 10 hari bermula Rabu lepas.

“Bagi rampasan tersebut kes disabitkan menerusi Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 yang boleh dikenakan denda 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih 20 kali ganda atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd