• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan N.Sembilan Galakkan Kerjasama Pintar

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerjasama pintar antara jabatan dan agensi kerajaan negeri harus digandakan bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata semangat pemuafakatan menerusi penganjuran program bersama sesama jabatan dan agensi kerajaan dapat dibentuk dan boleh memberikan hasil yang memuaskan semua pihak.

“Program seumpama ini seiring dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin melihat suatu permuafakatan ditampilkan bagi melahirkan masyarakat sejahtera. Justeru, saya berharap agar semua pihak dapat melaksanakannya dengan sebaik mungkin,” katanya pada majlis perasmian dan pelancaran program Negeri Sembilan Beri’tikaf 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mat Ali Hassan; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Selamat Paigo; Pengarah Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali dan Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Beliau berkata sebanyak 40 masjid di negeri ini terpilih menjadi tuan rumah pada program tiga hari anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri serta Jabatan Pendidikan negeri bermula 5 Jun depan dan akan disertai 1,615 pelajar daripada 49 sekolah terpilih.

“Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah memperuntukkan RM249,150 kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri untuk program ini. Suka saya menasihatkan pihak penganjur supaya memastikan pelaburan ini akan memberi impak kepada pelajar dan masyarakat setempat yang bersama-sama dalam program ini.

“Saya melihat penganjuran program Negeri Sembilan Beri’tikaf yang diatur setiap tahun pada 10 hari terakhir Ramadan adalah bertepatan dengan saranan baginda Rasulullah saw. Oleh itu, manfaatkan masa yang diperuntukkan sepanjang program ini nanti,” katanya.

Aminuddin berharap anggota jawatankuasa masjid yang menjadi tuan rumah pada program itu dapat mengambil peluang untuk menggalakkan anggota kariah masing-masing turut bersama dalam pengisian yang telah disusun atur pihak penganjur.

“Amalan beri’tikaf ini jangan pula dilakukan pada hari yang ditetapkan sahaja, tetapi kita perlu meneruskannya pada malam-malam yang berikutnya sebab penentuan tepat untuk meraih LaiLatul Qadar tidak dapat dinyatakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Aminuddin Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kesal Pegawai MB N.Sembilan Hina Wartawan ‘Bingai’

25/04/2019
0

SEREMBAN - Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) kesal dengan kenyataan pembantu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggelarkan wartawan Sinar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd