• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tolak Coklat Daripada Siti Kasim

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis enggan menerima pemberian beberapa bungkusan coklat daripada peguam Siti Zabedah Kasim, atau Siti Kasim bersama beberapa orang awam di Balai Polis Hartamas di sini petang ini.

Mereka dilihat tiba di pekarangan balai polis berkenaan dengan membawa beberapa kotak berisi coklat pelbagai jenis pada pukul 4 petang.

Bagaimanapun pemberian kesemua mereka yang ingin menghadiahkan coklat kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditolak oleh anggota dan pegawai di balai polis itu.

Mereka juga tidak dibenarkan memasuki ke dalam balai polis berkenaan.

Kumpulan yang diketuai Siti Kasim itu kemudian bertindak menyerahkan kesemua coklat berkenaan kepada anggota Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas di balai yang terletak bersebelahan.

Siti Kasim menganjurkan kempen ‘Jom Bagi Coklat Kat Abang dan Akak Polis’ itu menerusi laman Facebooknya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata polis Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana sudi menghadiahkan coklat sebagai tanda penghargaan kepada polis hari ini.

“Bagaimanapun polis Kuala Lumpur tidak dapat menerimanya kerana ada prosedur operasi standard (SOP) tertentu (yang mesti dipatuhi),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pemeriksaan Bernama di laman peristiwa Facebook yang dicipta Siti Kasim mendapati ramai netizen mendakwa pemberian coklat kepada anggota dan pegawai polis di kawasan lain turut ditolak. – BERNAMA

Tags: siti kasim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Suspek Disyaki Dikesan Letak Bom Di Kereta Siti Kasim

Tiada Suspek Disyaki Dikesan Letak Bom Di Kereta Siti Kasim

14/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiada sebarang petunjuk baharu diperoleh polis berhubung siasatan kes penemuan objek yang merupakan bom jenis Improvised Explosive...

Bom Pada Kereta Siti Kasim Disyaki Cubaan Bunuh

Bom Pada Kereta Siti Kasim Disyaki Cubaan Bunuh

24/07/2023
0

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan penemuan objek dipercayai bahan letupan di kenderaan aktivis dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd