• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan Selesa Suntik Semangat Tok Gajah

oleh Ahmad Albab
26/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kemenangan selesa 4-0 Pahang ke atas Kuala Lumpur pada saingan Liga Super semalam, akan meningkatkan motivasi dan tahap keyakinan pasukan terutama buat dua pemain import baharu pasukan itu.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata beliau gembira dengan persembahan Issey Farran Morgan Nakajima dan Amamchi Augustine Iwuji kerana berjaya menjaringkan gol meskipun sudah diturunkan dalam dua perlawanan terdahulu.

“Persembahan dua pemain import baharu berbeza iaitu kesungguhan ketika latihan dan aksi sebenar yang dilihat tidak seberapa… tetapi kini mereka telah membuktikan keupayaan sebenar kepada rakan sepasukan,” katanya pada sidang media di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi selepas perlawanan itu.

Meskipun mencatatkan kemenangan, Dollah mengakui beliau masih belum berpuas hati sepenuhnya dengan persembahan yang ditunjukkan pasukan Tok Gajah dan berharap dapat ditingkatkan pada perlawanan seterusnya.

Beliau juga mengakui agak lega dengan perkembangan terbaharu itu setelah kehilangan tonggak utama, Patrick Dos Santos Cruz yang terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan malam tadi.

“Saya jangka Patrik Cruz tidak dapat diturunkan dalam tempoh dua atau tiga minggu dan mungkin dia kembali pulih selepas cuti hari raya Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Amamchi berterima kasih kepada Dollah dan rakan sepasukan yang tidak jemu memberi sokongan untuknya bermain cemerlang.

“Jurulatih sering memberi kata perangsang kepada saya untuk menghasilkan gol sebelum perlawanan bermula dan kini saya bersyukur dapat melaksanakan tugas diberikan.

“Keadaan di Pahang amat hebat dan saya mudah menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang mesra. Penyokong juga sentiasa memberikan sokongan yang membuatkan saya mahu beraksi lebih cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kuala Lumpur Fabio Joaquim Maciel Da Silva berkata anak buahnya tewas kepada Pahang kerana melakukan beberapa kesilapan yang menyebabkan mereka dihukum dengan keputusan itu.

“Pada separuh masa pertama, kita bermain dengan agak baik apabila mencipta beberapa peluang untuk menghasilkan gol.

“Namun kita mensia-siakan peluang itu dan membuat kesilapan sehingga membenarkan Pahang memperoleh empat gol…sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah situasi ini kerana kami bermain amat baik di tempat sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Liga Super
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd