• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arwah Hubungi Bapa Minta Cari Tempat Latihan Industri

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – “Kali terakhir saya bercakap dengan arwah anak melalui telefon dua hari lalu meminta saya carikan dia tempat latihan industri sekitar Shah Alam dan Klang,” kata bapa pelajar Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Nur Alya Damia, yang dipercayai dibunuh malam tadi.

Hairi Jamil, 45, yang menetap di Klang, Selangor berkata Nur Alya Damia, 19, yang merupakan pelajar pengajian tahun akhir Diploma Rangkaian Komputer, tinggal menyewa bersama tiga rakan sekelasnya di Taman Selasih, tidak jauh dari KVPD.

Beliau berkata kali terakhir anaknya pulang ke rumah pada minggu lepas untuk bertemu keluarga.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu dan saya benarkan dia pulang ke kolej memandu kereta dan dalam masa sama, arwah turut menghantar adiknya yang belajar di Sekolah Menengah Teknik Seremban,” katanya.

Hairi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Hospital Port Dickson (HPD), di sini, hari ini.

Tinjauan Bernama di bilik mayat HPD mendapati sudah ramai anggota keluarga dan rakan kolej menunggu untuk proses bedah siasat sebelum jenazah boleh dituntut keluarga.

Jenazah Nur Alya Damia akan dibawa pulang ke Klang, Selangor dan akan dikebumi selepas solat Asar.

Media melaporkan Nur Alya Damia ditemukan mati dengan kesan jerut pada leher dipercayai dibunuh di dalam kereta oleh bekas kekasihnya, sebelum dicampak di tepi jalan di Taman PD Permata di sini, kira-kira 10.30 malam tadi. – BERNAMA

Tags: kes bunuhremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd