• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Untuk Bekerja, Tiada Lagi Drama – Azlan

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini memulakan tugas di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, walaupun berhadapan dengan krisis setelah pelantikannya sebagai menteri besar tidak dipersetujui wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang lain.

Beliau tiba di pejabatnya pada 10.10 pagi dan hanya memberi peluang seketika kepada pemberita untuk merakamkan gambarnya dan enggan membuat sebarang kenyataan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

“Masa untuk mulakan kerja, tiada lagi drama… Ada perkara pentadbiran yang perlu diselesaikan, kerja lebih, cakap kurang,” katanya ringkas.

Semalam, Azlan, 60, yang merupakan ADUN Bintong, dilantik sebagai menteri besar Perlis bagi penggal kedua selepas BN menang pada Pilihanraya Raya Umum ke-14 di negeri itu, 9 Mei lepas dengan menguasai 10 daripada 15 kerusi DUN, manakala parti Pakatan Harapan tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengumumkan cadangan memecat Azlan kerana didakwa tidak mendapat sokongan majoriti setelah sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perlis menolak pelantikan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azlan ManPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd (SKTT), Shafiei Ismail, mengesahkan syarikat berkenaan mengeluarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd