• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh 100 Hari Tunai 10 Janji Bodoh! – Rafidah

oleh
25/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIDAS… Mantan menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan tempoh 100 hari Pakatan Harapan (PH) konon mampu memenuhi kesemua 10 janjinya itu sebagai amat tidak masuk akal.

“Kenapa mesti 100 hari? Kenapa tidak buat setahun?” tanya beliau dalam nada sindiran ketika sesi wawancara secara eksklusif dengan sebuah stesen radio perniagaan swasta tempatan BFM di ibu negara semalam.

Beliau yang pernah menjadi anggota jemaah menteri ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad kemudian berkata: “Jika kita buang tempoh 100 hari yang bodoh itu, maka kamu akan mendapat perspektif yang lebih baik.

“Kamu (kerajaan PH) tidak boleh melakukan perkara (janji) hanya dalam masa 100 hari. Malahan tiada sebuah negara pun di dunia yang hebat boleh menyelesaikan semua permasalahan dalam tempoh waktu cuma 100 hari.”

Mengulas lebih lanjut, Rafidah berkata bahawa walaupun langkah-langkah pembaharuan tertentu boleh dilakukan dalam jangka pendek, namun pihak kerajaan baharu perlu ada matlamat jangka sederhana dan jangka panjang.

Beliau bagaimanapun mendedahkan sedia memberi nasihat kepada pentadbiran Mahathir apabila diperlukan tetapi menjangkakan tidak semua cadangannya akan diterima oleh ketua kerajaan dengan usia paling tua di dunia itu.

Mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir, Rafidah berkata tiada sebab untuk bimbang jika ketua umum PKR itu dapat membuktikan beliau mempunyai motivasi yang sama.

Ini termasuk menjadikan Malaysia lebih baik sebagai mana dihasratkan perdana menteri sekarang. Mengambil maklum hal itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia bahawa memimpin negara merupakan kerja berpasukan.

Rafidah juga menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan PH tetapi mahu melihat pemimpin berwawasan jauh yang boleh melaksanakan apa yang dikatakan dan membuktikan diri mereka sebagai eksekutif yang berwibawa.

“Sesetengah orang kelihatan sangat bertenaga dan boleh bercakap dengan baik. Tapi itu tidak bermaksud mereka juga boleh bekerja dengan baik. Saya sebenarnya lebih mengutamakan pemimpin yang boleh membuat kerja.

“Lagi kurang bercakap itu memang lagi bagus,” kata Rafidah yang pernah dipilih menjadi Ketua Wanita UMNO Malaysia semasa zaman Mahathir sebagai perdana menteri keempat dahulu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: 100 hariRafidah Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kartunis Zunar Sindir Kerajaan Isu Tulisan Khat

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Isu tulisan khat yang dijadual diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) tahun depan...

Rafidah Aziz Dianugerah Ijazah Kehormat Dalam Pentadbiran Perniagaan

14/12/2018
0

CYBERJAYA - Fakulti Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS) hari ini menganugerah Ijazah kehormat Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan kepada Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd