• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Aman Nafi Intimidasi Jenayah TYT Sabah

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menafikan semua dakwaan terhadapnya tentang intimidasi jenayah terhadap Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin atau mana-mana orang lain.

Peguam Musa, Zahir Shah berkata demikian susulan laporan polis oleh Juhar terhadap pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu pada 19 Mei lalu.

Beliau berkata Musa menyuarakan rasa kesal kerana terpaksa mengheret Juhar dalam writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap TYT dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon pengisytiharan untuk kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.

“Tan Sri Musa menambah pada akhirnya, kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan dan peruntukan Perlembagaan Sabah mesti dihormati dan dipatuhi,” kata peguam itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Minggu lalu, Juhar membuat laporan polis terhadap Musa dipercayai ada kaitan dengan upacara angkat sumpah jawatannya sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei lalu.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), 9 Mei lalu, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang di-Pertua Negeri selepas BN bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memiliki 31 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, dua hari kemudian, Mohd Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri apabila mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas enam Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN berpaling tadah kepada Warisan..

Enggan meletak jawatan, pada 14 Mei lalu, Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri, Abinan Asli menyampaikan surat pemberitahuan kepada Musa bahawa beliau bukan lagi ketua menteri.

Sementara itu, polis hari ini meminta Musa tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk diambil keterangan berhubung laporan polis dibuat oleh Juhar.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata ia bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata setakat ini, polis sudah merakamkan percakapan sembilan saksi dalam kes tersebut. – BERNAMA

Tags: Musa Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd