• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlis Cadang Azlan Man Dipecat – Shahidan

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO Perlis mencadangkan kepada kedua-dua pucuk pimpinan UMNO iaitu presiden dan timbalannya agar memecat Datuk Seri Azlan Man sebagai anggota UMNO, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Shahidan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis berkata beliau dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN telah bertemu Naib Presiden UMNO yang menjalankan Tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO yang turut menjalankan Tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, memohon agar Azlan dipecat daripada parti serta-merta.

“BN telah memenangi 10 daripada 15 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas maka dengan itu BN Perlis telah sebulat suara memilih ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

“Azlan tidak seharusnya menerima pelantikan sebagai menteri besar apabila beliau tidak menerima sokongan majoriti ADUN Perlis,’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu, Shahidan berkata beliau merayu kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, agar tidak campur tangan dalam pelantikan menteri besar dan meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Sembilan ADUN BN Perlis menolak pelantikan Azlan sebagai Menteri Besar…itu sebabnya mereka (ADUN BN) tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah hari ini,” katanya.

Shahidan berkata kesemua sembilan ADUN yang membantah pelantikan Azlan sebagai menteri besar hadir pada mesyuarat dengan Ahmad Zahid dan Hishammuddin di íbu pejabat UMNO di Menara Dato Onn yang berlangsung kira-kira dua jam, hari ini.

Pagi ini, Azlan mengangkat sumpah sebagai menteri besar bagi penggal kedua di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis, hari ini.

Bagaimanapun, sembilan ADUN BN tidak menghadiri upacara angkat sumpah jawatan itu, manakala yang hadir ialah tiga ADUN daripada Pakatan Harapan (PH), dua ADUN daripada PAS dan seorang Anggota Parlimen BN, Noor Amin.

Pada PRU14 lalu, BN menang 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) tiga kerusi dan PAS dua kerusi. – BERNAMA

Tags: PerlisShahidan KassimUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd