• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Tugas Dengan Komited, Jangan Berpolitik

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di sebalik beberapa keputusan dalam perkhidmatan awam di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), penjawat awam diseru komited meneruskan peranan mereka dan tidak berpolitik, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata penjawat awam perlu melihat semula ikrar perkhidmatan awam iaitu menumpahkan taat setia kepada kerajaan yang memerintah dan rakyat negara ini.

“Pencapaian prestasi penjawat awam pada ketika ini berada pada tahap yang lebih baik, teruskan tugas untuk berkhidmat kepada negara dan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azih juga mengingatkan penjawat awam supaya tidak turut berpolitik tetapi memberi tumpuan kepada barisan kerajaan yang baharu dibentuk.

Katanya walaupun beberapa perubahan telah diumum oleh kerajaan, adalah menjadi kepentingan untuk penjawat awam terus menjalankan tugas hakiki seperti biasa.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan 17,000 penjawat awam berstatus kontrak ditamatkan perkhidmatan kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.

Manakala empat badan dan agensi iaitu Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dibubarkan.

Dalam pada itu, Azih berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung penjawat awam berstatus kontrak ditamatkan perkhidmatan.

Beliau juga sekali lagi meminta agar kerajaan baharu mempertimbangkan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada seluruh 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Katanya, walaupun ia dijanjikan kerajaan terdahulu, tetapi ia wajar selaras dengan kenaikan kos sara hidup masa kini.

“Penjawat awam ini tiada kena-mengena dengan janji politik mana-mana kerajaan. Malah saya yakin dengan kepimpinan Dr. Mahathir (Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad), beliau amat memahami kedudukan penjawat awam negara maka saya harap beliau boleh mempertimbangkan kenaikan ini,” katanya.

April lepas​​​​​​​, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian kenaikan gaji bersamaan satu KGT kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai depan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-16 membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion. – BERNAMA

Tags: CuepacsPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd