• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Institut Memandu Perlu Senaraikan Caj Ujian Calon

oleh Ahmad Albab
26/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua Institut Memandu (IM) diarah untuk menyenaraikan caj ujian memandu dalam resit bagi elak berlakunya caj tersembunyi, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata langkah yang berkuat kuasa serta-merta itu adalah bagi mengelakkan institut memandu menawarkan ‘pakej sampai lulus’ sehingga RM2,200 dalam ujian memandu.

“Pelajar tidak boleh mengambil pakej yang melebihi kadar yang ditetapkan JPJ… kita tidak mahu timbul kos-kos tersirat yang akan mendorong kepada pengambilan ‘lesen kopi-O’ dan ‘lesen terbang’,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.

Menurut Loke, kadar bayaran untuk ujian lesen motosikal tidak melebihi 250 cc, B2 ialah RM350, kereta transmisi manual, D (RM1,150) dan kereta transmisi automatik, DA (RM1,250).

“Pengguna berhak untuk mengetahui apa yang telah mereka bayar. IM boleh mengutip bayaran tambahan seperti perkhidmatan ulang alik dari rumah ke IM tetapi ia hanya pilihan.

“Dan perkhidmatan itu perlu dipaparkan dalam resit. IM tidak boleh memaksa pelajar mengambil pakej yang ditetapkan,” katanya.

“Bagi mereka yang langgar peraturan ini, saya tidak akan teragak-agak membatalkan lesen IM, yang perlu diperbaharui setiap tahun,” katanya, serta menyarankan pelajar menolak dan membuat laporan jika ada pihak yang mengenakan kos lebih tinggi.

Sementara itu, Loke berkata projek perintis ujian litar automasi atau ujian tanpa penguji akan dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.

“Dengan ini, semua akan dibuat secara berkomputer di mana tiada penguji yang akan duduk di litar ujian sebaliknya mereka memantau melalui video di bilik kawalan,” katanya sambil menambah bahawa ujian litar automasi kini berada dalam kajian terakhir.

Bagi ujian di atas jalan raya, Loke berkata IM akan diarahkan untuk untuk memasang kamera di papan pemuka bagi mengelak kejadian penguji sengaja menggagalkan pelajar.

“Tidak dapat dinafikan bahawa berlaku penguji sengaja menggagalkan pelajar yang enggan membayar sogokan. Kita akan mewajibkan IM bagi memasang kamera di papan pemuka. Sekiranya pelajar sengaja digagalkan, mereka boleh membuat aduan dan rayuan berdasarkan rakaman,” katanya.

Loke berkata pemasangan kamera berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat dan JPJ akan memberi arahan dan garis panduan berhubung perkara itu.

Beliau berkata kos pemasangan kamera harus ditanggung IM kerana ia dipasang pada kereta mereka selain itu kos pembelian kamera juga tidak mahal.

“Ia harus menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan sistem berintegriti untuk memastikan proses pengambilan lesen memandu di negara ini telus dan berintegriti. Semua pihak perlu memberi komitmen dan ia tidak harus bergantung kepada kerajaan sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anthony LokeInstitut Memandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd