• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azlan Man Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis

oleh Ahmad Albab
25/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, Datuk Seri Azlan Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tanpa kehadiran sembilan lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Beliau mengangkat sumpah untuk penggal kedua pada upacara yang berlangsung di Istana Arau di sini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, BN menang 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Semua ADUN PH dan PAS menghadiri majlis itu.

Azlan ketika ditemui selepas itu berkata beliau komited untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan cara terbaik dan berharap mendapat sokongan penuh daripada wakil-wakil rakyat yang lain khususnya daripada BN bagi merealisasikan agenda pembangunan di Perlis.

“Saya tahu kerajaan negeri kini sudah jadi pembangkang dan ini tidak menjadikan tugas ini lebih ringan tapi lebih berat, tapi ini adalah cabaran yang harus kerajaan negeri hadapi dan saya akan berusaha sebaik mungkin.

“Saya akan berbincang dengan Pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN) (yang juga Pemangku Presiden UMNO), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO) untuk dapatkan pandangan dan panduan mereka mengenai apakah formula terbaik untuk bolehkan pelantikan barisan exco yang akan bentuk kerajaan negeri,” kata Azlan.

Beliau berkata pihaknya juga akur dengan sebarang perubahan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan pusat dan yakin rakyat di Perlis tidak akan dianak tirikan.

Azlan berkelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1983 dan pernah menjadi Konsul Malaysia di Toronto, Kanada pada 1985 dan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar pada 1992.

Beliau juga pernah menjadi Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Amerika Syarikat pada 1999.

Pada 2003, anak kelahiran Arau itu menjadi Setiausaha Bahagian Afrika dan Sahara Selatan di Kementerian Luar dan pada 2011 memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) sehingga bersara untuk bertanding pada pilihan raya umum pada 2013. – BERNAMA

Tags: Azlan ManPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd