• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Tarzan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
04/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Ahli bina badan terkenal pada era 50-an dan 60-an di Pulau Pinang, Ahmad Ali, 84, atau lebih dikenali sebagai Mat Tarzan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini selepas tiga hari koma akibat kemalangan jalan raya di Bayan Baru.

Anak kedua Allahyarham, Amzah Ahmad, 32, ketika ditemui Bernama di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang berkata bapanya meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

“Bapa saya terlibat dalam kemalangan Sabtu lepas (31 Jan) di Bukit Gambir selepas pulang daripada kenduri kahwin anak saudaranya. Pada masa itu bapa menunggang motosikal.

“Selepas menuruni bukit di kawasan itu, sebuah kereta berselisih dan melanggarnya menyebabkan bapa jatuh dan mengalami kecederaan teruk di kepala selain di tangan kanan,” katanya.

Amzah berkata bapanya merupakan seorang yang sangat suka bergurau dan beberapa kali memenangi anugerah Mr Penang sekitar tahun 50-an dan 60-an.

Semasa hayatnya, Mat Tarzan pernah menjelajah ke seluruh negara untuk mempamerkan kehebatan beraksi lasak antaranya berjalan atas kaca, membengkokkan besi menggunakan tengkuk dan bergusti dengan ular sawa.

Ahmad menerima gelaran Mat Tarzan pada tahun 1958 daripada Ketua Menteri Pulau Pinang pertama iaitu Tan Sri Wong Pow Nee.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Julinah Abdullah, 68, dan lima orang anak.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon turut menziarahi jenazah Allahyarham yang disembahyangkan di Masjid Hashim Yahaya di sini. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak selepas solat Zuhur. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd