• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Menteri Jadi Imam Di Surau Kementerian Tular

oleh AK-47
24/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Gambar Menteri Pendidikan yang baharu dilantik, Dr. Maszlee Malik mengimamkan solat fardu tular menerusi media sosial.

Dalam satu posting gambar di Facebook Khalifah Media Networks, Maszlee dilihat memakai baju hitam dan sedang mengimamkan solat bersama-sama para pegawainya di bangunan kementerian, Rabu.

“Saja nak share...hari ini kat surau tiba-tiba menteri pendidikan turun mengimamkan solat Zohor.

“Terkejut pegawai-pegawai. Selama ni even KPPM pun tak pernah turun surau tu, ni tiba-tiba YB menteri jadi imam lagi, Alhamdulillah,” demikian keterangan yang ditulis pada gambar tersebut.

Difahamkan gambar yang dimuat naik itu dikongsi oleh salah seorang staf Kementerian Pendidikan dan setakat ini telah dikongsi lebih 2,000 kali di laman sosial Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Maszlee.

“Pemimpin yang baik perlu tunjuk tauladan yang baik supaya diikuti oleh rakyat. Solat tiang agama, baik solat baiklah agamanya. Kerana solat membentuk peribadi pemimpin,” tulis Zaim Alias.

Abdul Wahid Yunus menulis: “Kita berharap menteri-menteri yang beragama Islam akan menjadi contoh kepada rakyat Malaysia bahawa perubahan yang beginilah yang diimpikan rakyat. Semoga istiqamah YB Maszlee.”

Maszlee, 44, yang berpengalaman sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah bekas Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UIA dan juga seorang aktivis sosial yang bergerak atas landasan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Pada Isnin, anggota Parlimen Simpang Renggam di Johor itu adalah antara 13 ahli Parlimen yang mengangkat sumpah sebagai menteri kabinet baharu. – mStar Online

Tags: ImamMenteri Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah disediakan oleh kerajaan bukan pinjaman atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd