• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhbar Cina Bidas Ismail Sabri Dan Bagi Idea Semberono

oleh AK-47
04/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam isu kenaikan harga barangan dalam laman sosialnya mengundang kontroversi hingga ada yang menyifatkannya sebagai rasis.

Beliau yang cukup dikenali sebagai individu yang tegas dalam pendiriannya nyata menerima pelbagai reaksi dan kritikan daripada banyak pihak termasuklah daripada para pemimpin pembangkang serta dalam kalangan Barisan Nasional sendiri.

Pun begitu, sebenarnya pendapat yang diutarakan Ismail Sabri yang bersifat mahu menuntut bela hak rakyat khususnya dalam kenaikan harga barang yang kini dilihat semakin melampau ada ‘logiknya’.

Penggunakan pendekatan ‘memboikot’ dalam kalangan pembeli sendiri antara cara yang boleh diguna pakai dalam memerangi masalah kenaikan harga barang oleh individu tertentu.

Bagaimanapun, menerusi sebuah artikel akhbar tempatan Cina, Sin Chew hari ini membidas idea Ismail Sabri dan menyifatkan kenaikan harga barang lansung tiada kena mengena dengan bangsa.

“Kejatuhan harga bahan api tetapi tidak pada harga barangan pengguna. Ini adalah tingkah laku pasaran yang normal.” ujar penulis.

Pendapat kolumnis itu yang juga berpendapat penurunan harga minyak tidak boleh diikuti dengan penurunan barangan kedengaran tidak masuk akal sama sekali.

Sedangkan penjual sendiri yang menentukan harga sama ada untuk menaik atau menurunkan harga sesuatu barang berdasalkan rasional kos bahan mentah yang dikeluarkan.

Sementara itu, pendapat yang diutara bagi memastikan tiada kenaikan harga dengan memperbanyakkan kedai 1Malaysia bukanlah jalan yang dianggap ‘tepat’ bagi menyelesaikan permasalahan ini.

“Salah satu cara untuk mengekalkan harga rendah adalah untuk memperluaskan kedai 1Malaysia di seluruh negara atau mengikut model Singapura untuk menubuhkan kedai koperasi STUC.” katanya.

Sikap peniaga yang segelintirnya dilihat tamak haloba ingin mengaut keuntungan luar biasa itulah yang menjadi punca.

Siapa lagi yang jadi mangsa kalau bukan rakyat marhaein perlu meneruskan kos sara hidup yang semakin tinggi. – MYNEWSHUB.CC

Video Ismail Sabri Komen Isu Kenaikan Harga Sayur

Tags: Ismail Sabrisin chew
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd