• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Setuju Pencarian MH370 Berakhir Pada 29 Mei

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang oleh syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity, ditamatkan 29 Mei.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata selepas tarikh tersebut tiada lagi lanjutan akan diberikan kepada Ocean Infinity.

“Selepas 29 Mei, keputusan akan dibuat sama ada perincian laporan akan didedahkan kepada awam atau sebagainya,” katanya selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Loke berkata kerajaan sebelum ini melanjutkan pencarian MH370 sehingga 6 Mei dan selepas kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran, Ocean Infinity membuat permohonan untuk melanjutkan pencarian sehingga 29 Mei.

Menurut Loke, lanjutan pencarian sehingga 29 Mei itu tidak melibatkan apa-apa bayaran kerana ia merupakan atas dasar “No Cure No Fee”.

Sehingga 6 Mei, katanya jumlah kawasan pencarian yang terlibat ialah 76,000 km persegi dan lanjutan sehingga 29 Mei dijangka melibatkan kawasan pencarian seluas 7,000 km persegi.

MH370 hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal. – BERNAMA

Tags: Anthony LokeMH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd