• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurujual Diperdaya Pasangan Penganggur

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan sepasang suami isteri kerana dipercayai memperdaya seorang jurujual kononnya mampu mempercepatkan urusan pembebasan sepupunya daripada tahanan polis sehingga mangsa mengalami kerugian RM3,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd Wazir Yusof berkata dua-dua suspek yang berumur 36 dan 49 tahun yang tidak bekerja itu ditahan di Taman Sungai Isap dan Felda Bukit Sagu kira-kira 11 malam tadi.

“Mangsa 22 tahun telah berjumpa dengan suspek wanita berumur 49 tahun di perkarangan kompleks mahkamah di sini pada Mac lalu yang kemudian menawarkan bantuan bagi mempercepatkan pembebasan sepupu mangsa yang ditangkap berkaitan kes dadah.

“Suspek kemudian telah memberi nombor telefon suaminya, 36 tahun, yang didakwa sebagai anggota polis yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum ketiga-tiga mereka berjumpa pada 3 Mei lalu di sebuah pusat beli belah di sini membincangkan tentang soal pembebasan berkenaan,” katanya.

Selepas perbincangan itu, mangsa telah menyerahkan RM3,500 kepada suspek bagi bayaran kepada pihak mahkamah dan memaklumkan urusan pembebasan berkenaan akan selesai pada 21 Mei lepas.

Namun, katanya, pada hari pembebasan berkenaan suspek telah gagal dihubungi menyebabkan mangsa menyedari telah ditipu sebelum membuat laporan polis.

Kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: jurujualPenganggur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd