• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Jemaah Menteri Dikurangkan 10 Peratus

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan gaji jemaah menteri dikurangkan sebanyak 10 peratus berkuat kuasa serta merta.

Ia merupakan keputusan hasil mesyuarat pertama Kabinet yang diadakan di Perdana Putra di sini hari ini, di mana jemaah menteri bersetuju gaji dikurangkan 10 peratus, katanya.

“Ini menunjukkan kita prihatin terhadap masalah kewangan negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Dr. Mahathir berkata potongan gaji 10 peratus itu adalah berasaskan kepada gaji asas menteri.

Ditanya sama ada pegawai kanan kerajaan akan terlibat dalam potongan gaji, beliau berkata ia terpulang kepada mereka.

“Ini adalah kebiasaan saya kerana ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, perkara pertama yang saya lakukan ialah memotong gaji menteri dan juga pegawai kanan kerajaan yang mendapat bayaran lebih tinggi daripada para menteri.

“Terserah kepada mereka (pegawai kanan kerajaan). Jika mereka rasa ingin menyumbang ke arah mengurangkan kos mentadbir negara ini, mereka boleh berbuat demikian. Kita tidak memaksa mereka,” katanya.

Dr. Mahathir menjadi perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 sehingga 2003.

Berhubung Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua penjawat awam yang dijanjikan kerajaan sebelum ini, Dr. Mahathir berkata: “Kita tidak terikat pada janji-janji mereka. Janji ini dibuat oleh (mereka yang jadi) pembangkang sekarang. Mereka tidak memenangi pilihan raya.

“Bagaimanapun, kita akan menelitinya dengan cara yang positif sama ada mereka (penjawat awam) layak diberi elaun tambahan atau apa sahaja, kami akan lakukan.”

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 pada 4 April lepas, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu KGT pada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Dalam pada itu, untuk mengecilkan saiz kakitangan awam di negara ini bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan, Dr. Mahathir berkata kerajaan akan menghentikan pelantikan pegawai kontrak lantikan politik sebelum menggaji semula mereka yang penting dan bergaji rendah.

Beliau berkata pegawai dan kakitangan lantikan politik sebenarnya tidak diperlukan tetapi semata-mata untuk memberi peluang kepada penyokong-penyokong kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata kira-kira 17,000 pegawai kontrak merupakan lantikan politik dan ada antara mereka telah menjadi kakitangan tetap.

“Mereka yang berpendapatan rendah, kami akan mengambil mereka namun mula-mula kami akan memberhentikan mereka,” katanya, sambil memberi jaminan bahawa mereka yang bergaji rendah tidak akan menjadi mangsa.

Dr. Mahathir berkata pelantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kerana beliau “amat sesuai”.

“Kita telah lantik Shukri sebab dia berpengalaman bahkan dia terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi dia diberhentikan kerana pihak kerajaan pada masa itu tidak suka pada kerja-kerja yang dilakukannya.

“Kita tahu perkara ini, sebab itu kita berpendapat dia adalah orang amat sesuai menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya. — BERNAMA

Tags: GajiMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd