• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Diamanah Rangka Struktur Semula Parti

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan UMNO memberi mandat kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk merangka cadangan bagi menstruktur semula parti.

Penugasan kepada Khairy itu dimaklumkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Presiden UMNO pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini semalam.

Sementara itu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN, berkata beliau diberi tempoh yang singkat untuk melaksanakan tanggungjawab cukup mencabar itu.

“Saya diberikan tugas oleh Datuk Seri Ahmad Zahid dan Majlis Tertinggi (UMNO) tadi (semalam) untuk melaksanakan cadangan bagi penstrukturan BN dan UMNO.

“Dalam tempoh sebulan ini, kita akan bentangkan beberapa opsyen kepada BN dan UMNO. Dari segi ideologi, dari segi struktur, dari segi gerak kerja,” katanya yang turut sama pada sidang media itu.

Bagi melancarkan tugas penstrukturan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, berjanji semua pihak terutama rakan komponen BN dilibatkan secara langsung.

“Kami akan menjadi inklusif bagi mendapatkan pandangan daripada (komponen) BN untuk merangka cadangan,” kata bekas menteri belia dan sukan itu. – BH ONLINE

Tags: Khairy JamaluddinUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd