• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Menteri Agama, Adakah Jakim Bakal Turun Taraf?

oleh
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS 12 hari berkuasa, rakyat Malaysia khasnya umat Islam tentu ada tertanya-tanya apakah jemaah Kabinet di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tiada menteri hal ehwal agama.

Persoalan cepumas itu bertambah menarik apabila Perdana Menteri tersebut ketika mengumumkan pembentukan 10 kementerian utama pada 11 Mei lalu, langsung tidak sebut kewujudan portfolio khusus berkaitan perihal Islam.

Walhal sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lepas, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO memang ada jawatan menteri sedemikian dan diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Penyandang terbabit bertanggungjawab terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang ditubuhkan sejak 1997 menggantikan Bahagian Hal Ehwal Islam JPM dan wujud ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Namun, nasib masa depan agensi berkenaan kini terumbang-ambing apabila tiada menteri dilantik untuk tugas itu dan lebih malang, ia juga tidak disebut Mahathir, 92, ketika mengumumkan senarai 13 menteri pada 18 Mei lalu.

Ketua kerajaan dengan usia tertua di dunia itu sebaliknya memuktamadkan portfolio Kewangan, Dalam Negeri, Pertahanan, Ekonomi, Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Pengangkutan serta Komunikasi dan Multimedia.

Manakala portfolio Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Tenaga Manusia pula ‘memadamkan’ senarai asal iaitu Luar Negeri dan Kerja Raya.

Ketiadaan Menteri Agama sebenarnya sudah dapat ‘dihidu’ banyak pihak apabila julung kali dalam sejarah Majlis Tilawah dan Hafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-60 di ibu negara pada 12 Mei lalu tiada kelibat Mahathir!

Acara tahunan berprestij itu yang lazim dibuat menjelang bulan Ramadan, langsung tidak dihadiri perdana menteri atau timbalannya tetapi cuma ada Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Pengarah Jakim sebagai tetamu kehormat.

Apakah program itu tidak begitu penting bagi Mahathir, padahal beliau sendiri baharu sahaja mengangkat sumpah jawatannya sebagai perdana menteri yang ketujuh di hadapan Seri Paduka Baginda di Istana Negara pada 10 Mei.

Baca: Malaysia Tanpa Menteri Luar! Lawak Pelik Apakah Ini?

Juga: DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Dan: Bukan Muslim Kini Dominasi Kerajaan Baharu Malaysia

Kompleks Islam Putrajaya yang menempatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. – Gambar hiasan

Kegagalan Mahathir hadir majlis rasmi itu sendiri sudah memberi gambaran awal layanan kerajaan PH terhadap usaha pemerkasaan syiar Islam sementelahan ia langsung tidak disebut dalam manifesto mereka bagi kempen PRU.

Secara am, jika Perdana Menteri benar serius mahu angkat martabat Islam sejajar status agama Persekutuan sebagai mana termaktub dalam perlembagaan negara, sewajarnya menteri terbabit sudah pun ada angkat sumpah semalam.

Malangnya isu agama yang jadi tunjang kehidupan orang Melayu membentuk majoriti penduduk Malaysia seolah-olah dipinggirkan dengan Mahathir sebaliknya lebih fokus kepada portfolio bersifat duniawi berbanding ukhrawi.

Apakah ini kes terlepas pandang atau memang disengajakan? Untuk rekod, secara kebetulan PH yang turut disertai DAP memang terkenal sejak dulu lagi memiliki imej ‘kurang mesra’ kepada agenda melibatkan kepentingan Islam.

Ramai pemimpin dan penyokong parti itu diketahui lantang menentang usaha kerajaan BN sebelum ini dalam isu hal ehwal Islam antaranya penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dan pembinaan gereja di kawasan Melayu.

Bahkan mereka mempopularkan amalan bertentangan Islam termasuk pertahan individu murtad, gerakan liberal seperti bebas sentuh anjing, pesta arak, kegiatan LGBT selain persoal suara azan, agihan zakat dan hijab di hotel.

Mereka juga biadab mendesak agar kerajaan hapus institusi mahkamah syariah, sekolah tahfiz, pendidikan Islam dalam kurikulum kebangsaan, sistem perbankan Islam, sijil halal dan lebih dahsyat ialah mansuh Jakim itu sendiri.

Bagi kelompok ini, isu agama dianggap sekat kebebasan hak asasi manusia. Justeru, ketiadaan jawatan menteri agama dalam Kabinet PH secara tidak langsung memberi bayangan bagaimana nasib syiar Islam di bumi Malaysia.

Mungkin masih belum lagi terlewat untuk Mahathir mengumumkan penyandang jawatan itu tetapi persoalannya, adakah PH ketandusan calon yang berwibawa selain berlatar belakang agama bagi mengisi portfolio tersebut?

Setakat ini, umat Islam termasuk penyokong PH melihat setiap tindakan Mahathir dan jika beliau gagal dalam isu pelantikan menteri agama, ia bakal jadi tanda tidak baik kepada imej negara kita sendiri. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: islamJakim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd