• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Justo Kunjungi Tun M Di Yayasan Kepimpinan Perdana

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo, sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, hari ini.

Justo, yang berpakaian sut, mengadakan pertemuan kira-kira 75 minit dengan Dr. Mahathir.

Kereta Mercedes-Benz berwarna perak yang dinaiki Justo kelihatan beredar keluar dari bangunan YKP pada 2 petang.

Semalam, Justo, 49, mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir lebih sejam di kediaman peribadi beliau di Serdang dekat sini.

Menerusi akaun Facebook rasminya, Justo memuat naik gambarnya bersama-sama Dr. Mahathir dengan kapsyen: “What a great privilege and what an incredible moment” (Sesungguhnya ini suatu peluang yang amat istimewa dan momen yang amat luar biasa).

Justo dipenjarakan tiga tahun di Bangkok selepas ditahan di rumahnya di pulau peranginan Koh Samui, selatan Thailand pada 22 Jun 2015 susulan pegawai PetroSaudi membuat aduan bahawa Justo cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat itu.

Pada Disember 2016, Justo yang merupakan antara 150,000 banduan Thailand dan warga asing, diberikan pengampunan oleh Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn.

Selain Justo, Dr. Mahathir turut mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir, hari ini.

Kamala tiba di YKP pada 2.30 petang dengan kenderaan rasmi kedutaan itu.

Sebelum itu, Duta Indonesia ke Malaysia Rusdi Kirana turut mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir di YKP.

Sejak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia pada 10 Mei lepas, Dr. Mahathir, 92, menerima kunjungan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin negara luar seperti Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Dr. Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, mengetuai gabungan empat parti untuk mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Tun MahathirXavier Andre Justo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd