• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dilanda Ribut, Peniaga Bazar Ramadan Berdepan Masalah

oleh
22/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIBUT yang melanda di kawasan sekitar Taman Keladi dan Taman Sejati di Sungai Petani, Kedah menjejaskan lebih 10 peniaga bazar Ramadan di sini, malam tadi.

Lapor Berita Harian, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan sebuah gerai di Taman Keladi rosak dihempap pokok besar manakala kira-kira 10 buah khemah gerai di Taman Sejati diterbangkan angin.

Salleh Ayub, 50, salah seorang peniaga bazar Taman Sejati berkata, angin kuat berserta hujan lebat melanda selepas waktu berbuka ketika peniaga sudah menutup gerai masing-masing manakala ada yang sudah pulang.

Ketika kejadian, dia sudah pulang ke rumah dan mendapat makluman dari seorang rakannya tentang kejadian tersebut.

“Saya bergegas ke tapak berniaga dan melihat banyak khemah termasuk milik saya terbalik manakala barangan berterabur di tepi jalan.

“Oleh kerana ketika itu hujan lebat, saya tidak dapat membuat apa-apa. Ada lebih 10 gerai rosak akibat ribut malam tadi dan kebanyakan kami mengalami kerugian lebih RM3,000,” ujarnya.

Sementara itu, di Taman Keladi, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Kuala Muda, Azhar Ahmad, berkata, panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang diterima pada 9.07 malam dan pihaknya bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati sebatang pokok besar di jalan utama tumbang dan menghempap sebuah kereta Proton Perdana tetapi tiada mangsa yang terlibat,” katanya.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat manakala tindakan segera diambil membantu tugas berkenaan sehingga selesai. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: bazarpeniagaribut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd