• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran STIAS Bukan Berpunca Sistem Pendawaian

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Siasatan awal punca kebakaran di asrama lelaki Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di sini disyaki bukan berpunca daripada sistem pendawaian, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Norazam Khamis.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa sistem pendawaian sekolah berkenaan berada dalam keadaan baik hasil pemeriksaan yang dilakukan jabatan itu tahun lepas.

“Kita masih menyiasat punca kebakaran sebenar meliputi semua aspek. Pihak kami mendapati sistem pendawaian di sekolah ini mengikuti SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan termasuk susun atur katil dua tingkat di dorm berkenaan yang turut mempunyai dua laluan kecemasan.

“Pada tahun ini, inilah (kes) yang pertama melibatkan sekolah berasrama dan tahfiz (di Negeri Sembilan). Tahun lepas kita telah memeriksa semua sekolah tahfiz termasuk sekolah As Sofa ini dan ia berada dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi ini, dua dorm yang menempatkan 85 pelajar lelaki STIAS 90 peratus musnah dijilat api dalam kebakaran pada pukul 1.58 pagi.

Norazam berkata seramai 22 anggota termasuk lima pegawai dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Senawang dan Seremban dikerah ke lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan mengenai terdapatnya pelajar yang cedera dalam kebakaran itu dan akan mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan STIAS.

“Kita tak terima maklumat dari segi kecederaan dan masa kita sampai (di lokasi kejadian) tiada mangsa yang terlibat dan itu kita akan dapatkan kepastian daripada pengurusan. Apabila kita sampai, sebenarnya api telah marak dan memenuhi ruang asrama.

“Dalam blok ini ada dua dorm iaitu dalam 50 orang satu dorm dengan katil dua tingkat…keseluruhannya kita boleh katakan 90 peratus musnah dan semua barangan keperluan pelajar musnah terbakar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesyorkan kepada pengurusan sekolah-sekolah termasuk sekolah agama untuk kerap kali membuat latihan kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai langkah yang perlu diambil. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd