• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janji Hapus Tol 2 Jambatan Di P.Pinang Tinggal Janji?

oleh
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAMPA… Hasrat jutaan rakyat Pulau Pinang terutama penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menikmati laluan bebas tol di dua jambatan ikonik di negeri itu nampaknya belum kesampaian lagi.

Ia ekoran kenyataan terbaharu bakal Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya PH memberi keutamaan untuk menunaikan terlebih dahulu manifesto 10 janji 100 hari selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu.

Justeru beliau yang juga bekas Ketua Menteri negeri itu berkata, isu pemansuhan bayaran tol Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah hanya akan dibangkitkan selepas pelbagai perkara dikaji.

“Kita perlu pertimbangkan penyata kewangan yang kita ada ini adalah benar dan beberapa kajian serta semakan perlu dilakukan untuk pengesahannya. Kita perlu berhati-hati dan kumpul penyata kewangan terlebih dahulu.

“Itu lebih penting untuk masa sekarang ini,” kata Guan Eng pada sidang media di George Town, hari ini ketika diasak wartawan mengenai janji beliau mahu menghapuskan kutipan tol di dua buah jambatan utama negeri itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata tumpuan Kerajaan Persekutuan akan bertukar selepas berjaya menunaikan janji 100 hari itu, selain pihaknya kini sedang mengumpul penyata kewangan negara untuk diteliti.

Baca: Naik Tol Sg. Nyior, LGE Lawak Mahu Hapus Tol Jambatan

Juga: Tol Motosikal Di Jambatan Dihapus Jika BN Tawan P.Pinang

Sebelum ini, PH dalam manifestonya pada PRU ke-14 lepas ada menyatakan akan memansuhkan konsesi tol untuk semua jenis kenderaan termasuk di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Bagaimanapun, pengumuman mengenai pemansuhan konsesi tol itu dijangka dibuat oleh Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang juga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, pada minggu hadapan.

Untuk rekod, Guan Eng pada 13 April lalu menerusi akaun Facebook rasminya dengan nada angkuh mendakwa akan menghapuskan tol di dua jambatan mercu negeri tersebut jika PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-14.

Ia susulan tawaran Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis bersama rakyat di Balik Pulau sehari sebelum itu mahu memansuhkan tol penunggang motosikal di kedua-dua buah jambatan berkenaan.

Ditanya mengenai perkembangan dua pertuduhan rasuah dihadapi Guan Eng, beliau namun enggan mengulas lanjut selain menegaskan hanya akan menyerahkannya kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan.

“Saya ingin tekankan bahawa ia adalah pertuduhan yang berasaskan politik dan tiada asas bagi kes terbabit. Bagaimanapun, biarkanlah mahkamah yang membuat keputusan,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jambatan Pulau PinangLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti DAP yang sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membezakan antara budaya Malaysia dengan disko jalanan susulan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd