• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM150 Juta Akan Dipohon Bina Tebatan Banjir

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan memohon peruntukan berjumlah RM150 juta bagi membina satu tebatan banjir baharu untuk mengatasi masalah banjir yang kerap kali melanda kawasan daerah Bandar Baharu dekat sini.

Beliau berkata ia adalah langkah jangka panjang bagi mengatasi lapan ‘hot spot’ kawasan banjir di daerah itu termasuk satu daripadanya di Kampung Teluk Sera yang mengalami banjir kilat pada petang Jumaat lepas.

“Saya sudah diberikan taklimat oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sini dan sudah mempunyai kertas kerja lengkap yang mana hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada pihak (kerajaan) persekutuan bagi permohonan kelulusan,” katanya kepada Bernama selepas melawat mangsa banjir kilat di Maktab Mahmud Bandar Baharu hari ini.

Kejadian banjir kilat Jumaat lepas itu menyebabkan peralatan persekolahan termasuk buku, pakaian dan alat bantuan mengajar lebih 60 pelajar di sekolah tersebut terjejas.

Saifuddin Nasution berkata walaupun Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Kerian berfungsi dengan baik tetapi ia masih tidak dapat menampung kapasiti air hujan sejak kebelakangan ini.

“Saya jadikan RTB baharu ini sebagai projek susulan kerana kawasan ini semakin membangun…walaupun hanya banjir kilat dan setakat ini tidak membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa, ia masih menyusahkan penduduk,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd