• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Makan Coklat Di Rumah Najib Akan Dihukum

oleh Haris
20/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertoleransi berhubung dakwaan yang mengatakan anggotanya memakan coklat dan makanan yang berada dalam peti sejuk kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, dalam kejadian itu dikatakan berlaku sewaktu pihak polis melakukan serbuan di premis berkenaan pada 16 dan 17 Mei lalu itu, anggota polis juga dikatakan meminta makanan disediakan untuk mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit (JSJK) Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang melakukan perkara itu sekiranya dakwaan itu benar.

Oleh itu, beliau meminta pihak Najib untuk mengemukakan bukti dan memberikan maklumat yang terperinci mengenai tingkah laku yang tidak profesional itu.

“Jika boleh, beri maklumat mengenai pegawai atau anggota yang terlibat itu dan lokasi kejadian. Saya tidak bertolak ansur jika dakwaan terbabit didapati benar.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas anggota yang terbabit melanggar prosedur dan arahan yang sudah diberikan sekiranya dakwaan berkenaan didapati benar,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas mengenai dakwaan peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal dalam laporan beberapa portal online yang mengatakan anggota polis yang melakukan serbuan berbuat demikian.

Laporan itu juga menyebut bahawa anggota polis bersifat tidak profesional dengan meminta makanan disediakan kepada mereka selain memakan coklat yang berada di dalam peti sejuk.

Berhubung dakwaan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor melalui firma guaman Valen, Oh And Partners yang mendakwa ada butiran operasi yang tersebar di media sosial, Amar Singh meminta bukti dikemukakan supaya siasatan boleh dijalankan.

“Gambar dan video di lokasi hanya dirakam oleh jurugambar rasmi polis, sekiranya pihak berkenaan dapat tampil dengan bukti gambar yang tular, siasatan akan dijalankan bagi mengesan punca penyebaran gambar berkenaan.

“Ini adalah bagi memastikan sama ada gambar yang tular tersebut datang dari polis atau pun tidak kerana terdapat juga ahli keluarga dan rakan mereka yang berada di lokasi semasa serbuan dibuat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Amar Singh berkata pihaknya menjalankan serbuan di enam buah premis bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB.

Ujarnya, enam pegawai polis kanan dilantik sebagai komander lapangan untuk menyelia keseluruhan operasi dan hanya mereka yang dibenarkan membawa telefon bimbit ketika operasi.

“Mereka juga diberi tanggungjawab untuk memastikan anggota di bawah seliaan mereka bertindak secara profesional dan menghormati penghuni kediaman iaitu bekas Perdana Menteri dan ahli keluarganya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Datuk Amar Singh Ishar SinghPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd