• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Reput Dalam Bilik Di Seberang Perai

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Mayat seorang lelaki yang telah mereput ditemui di sebuah rumah kedai di Taman Kimsar di sini, malam tadi.

Mayat Mohd Hasrulhakim Abd Rahman, 27, ditemui dalam keadaan terlentang dan hanya berseluar dalam oleh pemilik rumah berkenaan pada 8.10 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata kali terakhir lelaki itu, yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat di Seberang Jaya, dilihat ialah pada Rabu lepas.

“Lelaki berkenaan menyewa bilik di tingkat dua rumah itu. Menurut pemilik rumah, beliau terpaksa memecahkan pintu bilik lelaki itu apabila terhidu bau busuk dari bilik itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya berdasarkan pemeriksaan forensik, lelaki itu dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lepas dan keadaan mayatnya juga berulat dan mereput.

Pemilik rumah berkenaan berkata lelaki itu dilihat kurang sihat, kurus dan badan berbau busuk dipercayai mengalami masalah kesihatan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=-Z2zJaRA4aM

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd