• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bella Mahu Move On, Enggan Ulas Punca Cerai

oleh
20/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK ada angin, tak ada ribut… Tiba-tiba sahaja pasangan selebriti Nazim Othman dan Bella Dally memaklumkan tentang berita penceraian mereka selepas dua tahun membina masjid.

Baca: Nazim Mahu Bella Terus Kehidupan Dengan Tenang

Juga: Nazim Tak Mahu Komen, Bella Anggap Tiada Jodoh

Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally akui bahawa dia berasa perit dengan keputusan yang telah dibuat oleh mereka tetapi dengan sokongan dan kata-kata semangat daripada orang terdekat membuatkan dia lebih tabah.

“Saya kena reda, positif dan ‘move on’.

“Saya berusaha cuba untuk tidak memikirkan mengenainya (perpisahan). Alhamdulillah, saya ada keluarga dan rakan yang tanya khabar serta keadaan saya,” kata Bella dipetik daripada portal Harian Metro ketika diminta memberikan komen tentang rumah tangganya yang sudah roboh.

Malah, gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu sama sekali tidak mahu memberi komen banyak tentang isu berkenaan memandangkan semua orang sudah mengetahui tentang statusnya bersama Nazim.

Bagaimanapun, pelakon filem Desolasi itu menegaskan untuk tidak berkongsi lebih lanjut tentang punca penceraian dan baginya adalah tidak manis untuk dikongsikan kepada umum tentang perihal peribadi.

Dalam masa yang sama, Bella turut menafikan dakwaan kononnya dia kerap pulang ke kampung halaman disebabkan mahu menenangkan diri daripada ketegangan rumah tangga yang berlaku antaranya dan bekas suami.

“Saya memang sangat rapat dengan mereka. Sementara mereka masih ada, baik saya gunakan sebaiknya kesempatan itu untuk pulang Sabah.

“Selain itu, saya mahu berjumpa ramai kawan saya di sana,” ujarnya lagi.

Pada 1 Ramadan lalu, Bella dan Nazim telah memutuskan untuk memberitahu kepada umum tentang penceraian mereka di laman Instagram masing-masing.

Pengumuman yang dilakukan oleh kedua-dua selebriti itu benar-benar mengejutkan banyak pihak termasuklah rakan artis yang lain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bella Dallynazim othmanNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd