• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PA Kesal Mamat ‘Lesap’ Lepas Terima Wang Gegar Vaganza

oleh AK-47
04/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tidak kecewa kalau usaha keras bagi menaikkan nama seseorang penyanyi itu disia-siakan begitu sahaja.

Itulah yang dirasakan oleh pengurus artis yang dikenali sebagai Mie Kuarters selepas penyanyi, Mamat yang juga bekas vokalis kumpulan Exist tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita selepas memenangi tempat ketiga program Gegar Vaganza, baru-baru ini.

Kalau diimbas kembali, penyanyi itu sebelum ini pernah terlibat dengan pelbagai kontroversi termasuklah kes dadah dan curi sehingga popularitinya merudum.

Bagaimanapun, usaha Mie setahun sebelum program tersebut telah berjaya mengubah Mamat sehingga berjaya membawanya kembali ke pentas nyanyian, menurut laporan Berita Harian.

Malangnya, wang kemenangan di Gegar Vaganza dikatakan telah membuatkan penyanyi itu terus menghilangkan diri sehingga beberapa tawaran persembahan terpaksa dibatalkan kerana dia tidak dapat dihubungi.

 Mamat 'Hilang' Selepas Terima Wang Kemenangan Gegar Vaganza

“Jangan terlalu hidup dibayangi populariti kerana tidak selama-lamanya kita berada di atas. Mamat sepatutnya belajar daripada kesilapan dan tidak mengulangi apa yang pernah dilaluinya.

“Sepanjang setahun, sebelum muncul tempat ketiga Gegar Vaganza, Mamat menunjukkan displin yang baik. Namun semua berubah apabila wang berada dalam genggamannya. Saya marah kerana tindakan tidak matang Mamat membuatkan beberapa perancangan terganggu.

“Saya memberinya bunga, tetapai Mamat meninggalkan ‘tahi’ yang membuatkan saya begitu kecewa,” ujar Mie.

Aduhai, banyak mana sangatlah wang RM15,000 tu sampai sanggup memperjudikan peluang dan masa depan yang sudah sedia terbentang.

Harapnya Mamat tak gunakan wang tersebut untuk perkara-perkara yang tak berfaedah. Faham-faham sajalah… – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=6PAkQKNygzU

Oleh: Elza

Tags: ArtisdadahGosip Artis Tempatankontroversi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd