• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dari Pensyarah Ke Kementerian Pendidikan

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dr. Maszlee Malik, Anggota Parlimen Simpang Renggam yang hari ini dinamakan sebagai Menteri Pendidikan, berazam untuk memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru.

Menurutnya, sistem pendidikan negara sekarang perlu disuntik dengan kaedah baharu selain tidak harus terlalu tertumpu kepada ranking (kedudukan) dan peperiksaan.

“Yang perlu diubah antaranya ialah bebanan guru yang perlu melakukan kerja-kerja seperti perkeranian dan tidak menumpukan perhatian kepada perkara utama iaitu mengajar manakala pelajar pula dibebani dengan beg berat kerana perlu membawa buku yang banyak,” katanya.

Ketika ditemu bual dalam program terbitan Astro Awani malam ini, Maszlee, 44, mengakui tidak menjangka diberi portfolio pendidikan yang menurut beliau lazimnya diterajui mereka yang lebih senior dan berpengalaman.

Nama beliau tersenarai dalam barisan 14 anggota kabinet Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini. Mereka dijadual mengangkat sumpah jawatan pada Isnin. Anggota kabinet yang lain bakal dilantik kemudian.

Dilahirkan di Johor Bahru, Maszlee merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau turut menyumbang kepada beberapa badan pemikir dan sering menjadi panelis atau moderator bagi forum yang membincangkan isu-isu berkaitan politik Islam dan politik Timur Tengah,

Beliau memperolehi ijazah sarjana muda dari Universiti Al al- Bayt, Jordan dan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya, kedua-duanya dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.

Maszlee kemudian melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs di Universiti Durham, United Kingdom pada 2007 dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang “Good Governance” pada 2011. – BERNAMA

Tags: Maszlee Malik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd