• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Tetak Mati 3 Beradik Disahkan Positif Dadah

oleh Ahmad Albab
18/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Suspek kes bunuh tiga beradik yang maut ditetak di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh di Bagan Datuk dekat sini semalam didapati positif dadah jenis metamfetamina dan ganja.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata siasatan awal polis mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berada di bawah pengaruh dadah namun dalam keadaan sedar semasa kejadian itu berlaku.

“Hasil siasatan ke atas suspek mendapati dia berada dalam keadaan sedar semasa kejadian tersebut kerana dia tahu siapa (mangsa) yang hendak dicarinya.

“Ini kerana jarak rumah antara suspek dan mangsa hanya kira-kira 400 meter sahaja dan suspek merupakan rakan sekerja dan kenalan kepada bapa mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.

Mohd Marzukhi berkata suspek berjaya diberkas kira-kira 45 minit selepas kejadian yang berlaku di dua lokasi iaitu di kediaman mangsa dan Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad.

“Selepas menetak ketiga-tiga beradik dan ibu mereka, suspek kemudian menuju ke sekolah itu yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mangsa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan seorang anggota polis mengalami kecederaan ringan akibat terkena parang ketika bergelut dengan suspek semasa mahu menahannya.

Ditanya sama ada kejadian berkenaan bermotifkan dendam, Mohd Marzukhi berkata perkara itu masih dalam siasatan.

Dalam kejadian 2 petang semalam, suspek yang bekerja sebagai penyelenggara di sebuah agensi kerajaan telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjatakan parang lalu melibas ketiga-tiga kanak-kanak terbabit iaitu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, hingga mengakibatkan kematian.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan empat lagi parah, termasuk ibu mereka, Zuraidah Md Ali, 35, dan kakak sulung ketiga-tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali Aina, 9 serta seorang guru sekolah dikenali sebagai Ustaz Ridzuan, 40. – BERNAMA

Tags: dadahkes bunuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd