• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Instagram Tun M Cecah Satu Juta Pengikut

oleh Ahmad Albab
18/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akaun laman sosial Instagram milik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencecah satu juta pengikut selepas genap dua bulan diwujudkan.

Justeru, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengikutnya sambil memuat naik sekeping gambar bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Hari ini laman instagram saya sudah mencecah 1 juta pengikut. Terima kasih. Sosial media adalah satu platform penting untuk mendapatkan maklumat yang betul dan mengeratkan hubungan.

“Gunakan sebaiknya. Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak dari saya dan isteri,” katanya menerusi akaun Instagramnya chedetofficial, hari ini.

Gambar tersebut menerima 247,000 ‘likes’ dan 5,340 komen daripada netizen setakat 6.50 petang ini.

Pengerusi Pakatan Harapan yang mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia bagi kali kedua pada usia 92 tahun itu memulakan akaun Instagram pada 15 Mac lepas.

Angka pengikut di akaun rasmi beliau meningkat dengan pantas selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya itu.

Sehingga kini, Dr Mahathir hanya mengikuti tujuh akaun Instagram termasuklah Instagram penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, @ctdk. – BERNAMA

Tags: instagramMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

07/04/2023
0

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata dia telah memaklumkan kepada Facebook dan TikTok untuk memadamkan video pasangan...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd