• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Melaka Bantu Kekang Kenaikan Harga Melampau

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri menawarkan bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengekang kenaikan harga barang melampau menjelang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) April ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, langkah itu adalah penting dalam membantu KPDNKK menguatkuasakan dengan tegas Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan akta lain yang dapat memastikan harga barang tidak dinaikan secara melampau oleh peniaga.

Beliau berkata, ia menjadi tanggungjawab kerajaan negeri bagi memastikan rakyat tidak dianiya peniaga yang mahu menjadikan CBP sebagai alasan untuk menaikan harga barang sesuka hati.

“Melaka tawarkan bantuan unit penguatkuasaan serta perlesenan PBT negeri bagi membantu KPDNKK. Penguatkuasaan tegas KPDNKK bagi memastikan harga barang terkawal ketika perlaksanaan GST adalah bukti kerajaan serius memastikan rakyat tidak dianiya peniaga tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Advokasi GST dan Pengguna anjuran KPDNKK Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Pelaksanaan GST dengan kadar enam peratus bermula 1 April ini bakal menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Melaka mempunyai empat PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Jasin.

Idris berkata, dakwaan bahawa jurang perbezaan antara rakyat yang kaya dan miskin akan bertambah apabila GST dilaksanakan, merupakan dakwaan yang tidak berasas sama sekali.

“Apabila sistem pencukaian lebih berkesan seperti GST dilaksanakan, tiada pihak termasuk yang kaya kerana mengelak cukai, akan dapat lari daripada membayar cukai dan kemudian hasil cukai melalui GST ini akan dapat disalurkan bagi membantu golongan miskin.

“Tiada pertambahan jurang antara yang kaya dan miskin kerana GST, malah pendapat saya CBP ini dapat membantu dalam merapatkan jurang tersebut,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak terutamanya pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya memutarbelit isu GST hingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat. – BERNAMA

Tags: GSTMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd