• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Sentiasa Objektif Dalam Siasatan 1MDB

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa objektif dan bertindak mengikut undang-undang di bawah bidang kuasanya dalam siasatan membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), namun akan membuka semula kes itu jika menerima data baharu, kata Gabenor Tan Sri Muhammad Ibrahim, hari ini.

“Sama ada kita akan membuka semula kes itu dan melihatnya dari sudut yang berbeza, (saya rasa) kita telah menjalankan kesemua siasatan berkaitan.

“Kita telah menyerahkan semua maklumat kepada pihak Peguam Negara,” katanya.

Ditanya jumlah wang 1MDB yang didakwa diselewengkan dan diharapkan BNM dapat dikembalikan ke negara ini, Muhammad berkata beliau tidak dapat mengulasnya kerana masih belum menerima sebarang data baharu membabitkan siasatan berkenaan.

Bank pusat itu akan dapat melakukan penilaian apabila menerima maklumat baharu dan lebih menyeluruh, katanya pada sesi sesi soal jawab bersempena pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia di sini.

Mengenai kemungkinan tindakan diambil terhadap Ambank Group (AMMB Holdings Bhd), Muhammad menegaskan bahawa sebarang tindakan sedemikian hanya boleh diambil jika bank pusat itu ada menerima sebarang maklumat baharu.

“Setakat ini, kita telah mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan semua maklumat (yang diterima). Namun, jika ada data (baharu) yang tidak diperoleh sebelum ini, sudah pasti kita akan meneliti (kes itu) semula,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan bahawa kerajaan dijangka menghubungi beberapa negara seperti Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat (AS) serta Luxembourg bagi mendapatkan kembali dana tersebut.

Daripada jumlah itu, Malaysia dijangka mendapatkan semula sejumlah US$4.5 bilion daripada AS yang dianggap memadai bagi melunaskan hutang tertentu. – BERNAMA

Tags: 1MDBBank Negara Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd