• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mahathir Atau Anwar Yang Penting Islam Diutamakan”

oleh
16/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS berhasrat mahu Islam diutamakan dalam segenap aspek tanpa mengira sama ada Tun Dr. Mahathir Mohamed atau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS menghormati keputusan pilihan raya yang lepas dan berharap pihak kerajaan dapat mengambil berat perkara yang berkaitan Islam, lapor Harian Metro.

Beliau berharap konsep federalisme mestilah dihormati mengikut perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Terpulang kepada kerajaan yang diberi kuasa untuk menentukan bagaimana proses pertukaran Perdana Menteri itu dilaksanakan.

“Bagaimanapun, proses yang dilaksanakan itu mestilah betul, baik dan menjamin. Pada PAS apa yang penting adalah Islam mesti menguasai negara kerana majoriti rakyat adalah Islam,” ujarnya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap dalam majlis Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu, di Kuala Nerus, malam semalam.

Tambahnya lagi, PAS sentiasa berdiri tegas terhadap sebarang ganggu gugat oleh mana-mana pihak yang boleh menimpa rakyat dan umat Islam di negara ini.

“Saya ingin mengingatkan bahawa sebarang langkah yang menjejaskan rakyat dan Islam di negara ini, PAS akan berdiri teguh mempertahankannya,” jelasnya.

Abdul Hadi menyampaikan pendiriannya itu berikutan proses pertukaran kuasa yang bakal berlaku selepas pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga berharap agar rakyat tidak perlu khawatir jika berlaku pertukaran kuasa dan menyarankan bersatu-padu menegakkan syariat Islam. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: islamPASPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd