• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Tak Bersetuju Tapi Faham Kenapa Penyokong Protes

oleh AK-47
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) walaupun tidak menyokong budaya hooligan tetapi beliau memahami protes yang dibuat para penyokong bola sepak terhadap pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), minggu lalu.

Memetik kenyataannya dalam Facebook Johor Southern Tigers, TMJ berkata, “saya tidak menyokong budaya hooligan dan tidak setuju dengan tindakan protes sebegini yang ditujukan kepada FAM. Saya tidak menyokong sebarang salah laku yang dilakukan oleh para penyokong bola sepak di mana jua di seluruh negara”.

“Namun ianya tidak bermakna saya tidak memahami protes para penyokong bola sepak Malaysia yang tidak berpuas hati dengan cara FAM mentadbir sukan bola sepak di negara ini,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Tunku Ismail menegaskan beliau sama sekali tidak menyalahkan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam kesilapan yang dilakukan badan induk pentadbir bola sepak negara itu.

“Saya tidak menyalahkan Presiden. Saya menyalahkan organisasi. Saya menyalahkan ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli gabungan yang tidak bersatu dan bersuara menegur kesilapan yang dilakukan oleh badan induk pentadbir bola sepak itu.

“Saya berdoa supaya suatu hari nanti, badan pentadbir bola sepak negara akan mengabulkan hajat para penyokong. Bola sepak adalah milik rakyat. FAM juga milik rakyat.
“Nasihat saya kepada mereka yang tidak memahami bola sepak dan mereka yang hanya bersuara demi modal politik peribadi, cukup-cukuplah dan hentikanlah. Anda hanya membuatkan diri anda kelihatan kurang bijak,” katanya.

Seramai 12 penyokong Johor Darul Takzim (JDT) ditahan kerana mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin FAM pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru yang berkesudahan Pahang tewas 2-0 kepada JDT, Sabtu lalu. – MYNEWSHUB.CC

Gambar Anjing Pakai Baju Berlambang FAM Undang Kontroversi

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengambil tindakan bersama pihak berkuasa susulan penularan beberapa rakaman video...

Pemimpin DAP Mahu Belanjawan 2027 Tambah Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera Supaya Adil Dan Saksama

Pemimpin DAP Mahu Belanjawan 2027 Tambah Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera Supaya Adil Dan Saksama

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan menyediakan peruntukan tambahan kepada golongan bukan Bumiputera bersamaan 10 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd