• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Selangor Umum Portfolio 10 Exco Kerajaan Negeri

oleh Ahmad Albab
16/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan portfolio 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.

Sambil menaruh keyakinan terhadap kewibawaan dan ketokohan kesemua anggota Exco yang dilantik, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan menggalas amanah serta tanggungjawab berdasarkan sokongan begitu besar daripada rakyat Selangor pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

“…dan kami akan terus bekerja untuk pastikan pembangunan Selangor dapat dijayakan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat seterusnya,” katanya.

Kesemua 10 anggota Exco terdiri daripada tujuh muka baharu dan tiga muka lama mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, pada Isnin lepas.

Ditanya mengenai anggota Exco sebelum ini yang digugurkan pada penggal baharu seperti Ean Yong Hian Wah, Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi, Mohamed Azmin berkata ia adalah proses biasa iaitu rombakan berlaku dalam setiap PRU.

“Dalam pembentukan kerajaan negeri ini 70 peratus adalah muka baharu, ini tidak bermakna yang lama tidak memberi sumbangan. Saya yakin dan percaya tenaga dan idea baru perlu dikemukakan kerana Selangor adalah sebuah negeri yang progresif dan dinamik.

“Kita perlukan satu tenaga yang kuat dan pengalaman pimpinan lama juga amat penting. Gabungan anggota lama dan baharu itu pastinya akan dapat membantu kerajaan negeri melaksanakan tugas dengan lebih efektif dan berkesan,” katanya.

Berikut adalah senarai portfolio Exco kerajaan Selangor yang baharu:

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dan Komunikasi Strategik; Datuk Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS); Amirudin Shari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda & Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi; V. Ganabatirau, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin; Ir. Izham Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani; Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan; Dr. Shaharuddin Badaruddin, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi; Ng Sze Han, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru; Haniza Mohamed Talha, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar; Dr. Siti Mariah Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga; Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna. – BERNAMA

Tags: ExcoMB Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

27/08/2025
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan...

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

05/07/2025
0

Tanjong Malim: Kerajaan negeri akan bertemu dengan penggiat industri rokok elektronik, atau vape, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan larangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd