• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Sebagai PM Tak Akan Dibuat Secara Terburu-Buru

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan tidak akan dibuat secara terburu-buru, menurut isterinya yang telah dinamakan sebagai timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu berkata ia akan dijalankan mengikut perancangan asal iaitu pada pertengahan penggal di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

“Buat masa ini kita mahukan kerajaan di bawah pimpinan (Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad ini berjalan lancar, dan kita terima perubahan yang kita inginkan terutama reformasi yang ingin kita ketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media asing yang memetik Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin sebagai berkata adalah “tidak bijak” untuk tergesa-gesa melantik Anwar sebagai perdana menteri selepas beliau kembali ke Parlimen.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status kesihatan Anwar, Dr. Wan Azizah yang juga Anggota Parlimen Pandan, berkata suaminya semakin pulih.

“Beliau beransur pulih sebab nak dibebaskan dan mengenai ceramah yang dijadualkan esok, insya-Allah kita tunggu,” katanya.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan agar semua prosedur berkaitan prosiding Lembaga Pengampunan Diraja untuk Anwar dimuktamadkan pada Rabu.

Anwar mula menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd